5.08.2013

of lamb's leg and nasi goreng ikan

salam.

pukul 1.45 pagi di sini.

lampu bilik sudah tutup.

hanya cahaya skrin laptop menerangi kegelapan.

namun ada limitasi.

dan tiba2....

suara bayi menangis kedengaran di luar.

ya, pada dinihari.






bukan, ini bukan cerita seram.

sebenarnya arab bangunan depan dapat baby baru.

dah hampir sebulan terdengar suara bayi melalak.

dan ibunya membebel.

tskkk..



bukan itu yg hendak diceritakan sebenarnya di sini.
marilah beralih kepada isu sebenar




set paha kambing dengan nasi bersama salatah (salad)
nyum2, dahla tgh lapa ni
paha kambing ala2 drumstick
bahagian tulang dibungkus aluminium
walaupun masih ada bau hamis sikit
tapi sedap sgtttt!!
dagingnya lembut lerai dari tulang
ada nasi arab style dimasak dgn myk sapi
dicampur dgn pasta vermicelli
juga dilapisi dgn carikan roti 'ish dibahagian bawah
kombinasi yg pelik kan
tapi sedap jadinya nasik tu
lapisan roti 'ish menambah sedapnya berganda-ganda
simple tapi genius!
dan juga 4 keping roti 'ish
dicicah tahina (campuran kekacang di blend halus) dlm gambar kedua
tak pernah makan roti 'ish sesedap itu
adakah kerana waktu itu tgh lapar sgt
hurm.. memang pun
sebab biasanya roti 'ish dipandang sebelah mata saja
jika makan di kedai arab
dan ada juga sayur-sayuran
erm. salatah hadramaut sedap lagi
ini salad org malas
yg mcm terung di tepi tahina
kusangka terung, rupanya cucumber pickles
mmg sedap sgt makan waktu ni
walaupun dgn nasik kering tak berkuah
menggonggong paha kambing
makanan pun tak sempat posing cantek punya
ish ish..
hanya dua puluh lima ringgit
berbaloi2
jika difikirkan harganya dlm genih
mau sesak dada juga mebayarnya
tapi takpelah,
orang belanja.
hehe.


nasi goreng ikan, style terengganu
makan dgn keropok yg masih berbaki sedikit
sedapnya
erm.
sebenarnya rindu masakan mak cikku di kampung
sebab tu masak ini
kalau dulu di kampung
dengar je mak cik nak buat nasi goreng ikan panggang
mesti suruh tukar bahan lain punya
suruh letak ayam ke, udang ke
tapi skrg
tgklah siapa yg merindui nasi goreng ikan panggang ini
semakin jauh dari kampung
semakin tradisional pula selera
hmm.


ini gambar petang tadi
nasi goreng juga
cuma dgn telur dan kacang buncis
ya, kat negara arab juga ada kacang buncis
baru sahaja akur dgn fakta ini sebenarnya
selama ini ku berdegil memanggilnya kacang panjang versi arab
dgn ayam goreng sebagai peneman
tepung salutan ayam jenama bestari dari malaysia sudah lama habis
jadi terpaksalah guna tepung salutan arab iaitu breadcrumbs
ok jelah rasanya
walaupun terlebih masinnya
maklumlah resepi arab


itu je al kisahnya di dinihari
semuanya kerana saya lapar
sepertinya melihat makanan2 ini semua boleh kenyang
lagi 3 minggu boleh balik malaysia
sabar-sabar

ok, saya nak tido dah.
terima kasih kerana membaca.


2 comments:

  1. Drooling tgk peha lamb tu taw... saja buat org terliur!! ;-)

    ReplyDelete
  2. saya rasa takde sape tau itu paha kambing kalau saya tak cakap, kak! punya la tak sabo nak makan kan. hehe

    ReplyDelete