Showing posts with label Egypt. Show all posts
Showing posts with label Egypt. Show all posts

8.20.2013

Analisis politik Mesir

Source: FB

Rampasan kuasa tentera Mesir menggulingkan Presiden Morsi memerlukan analisis lebih mendalam, termasuk sejarah panjang pemerintahan diktator negara itu dan latar belakang mengenai liku-liku perit yang dilalui Ikhwanul Muslimin selama hampir 60 tahun.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dirasakan tokoh akademik dan pengamat politik Timur Tengah yang paling layak memberikan pandangan terhadap krisis di Mesir. Wakil Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Arif Atan menemubual Dr Redzuan di kediamannya, Sungai Ramal, Kajang, pertengahan Julai lalu.

Soalan :
Presiden pertama Mesir yang dipilih rakyat dalam satu pilihan raya yang diakui adil dan bebas telah digulingkan hanya selepas setahun berkuasa. Ada pihak melihat dalang di sebaliknya adalah pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Sebagai tokoh akademik yang lama mengikuti politik Mesir, termasuk gerakan Ikhwanul Muslimin, tentu Prof lebih arif tentang apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapan :
Barat sebenarnya sudah lama merancang untuk bertindak dan menindas gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada 1928. Kejayaan Ikhwanul Muslimin mengambil alih kuasa selepas ditindas lebih enam puluh tahun menimbulkan kegusaran, termasuklah juga rejim monarki di negara Arab yang turut merasakan kedudukan mereka akan tergugat jika gerakan Islam ini berjaya mengemukakan alternatif kepada pelbagai kemelut yang dihadapi oleh umat Arab.

Untuk memahami apa yang berlaku di Mesir, kita harus meneliti sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Sejarah penindasan ke atas Ikhwanul Muslimin pada 1948-1954 seolah-olah berulang dengan menggunakan skrip sama. Contohnya, pada 13 Julai lalu, berita menyiarkan bahawa Morsi akan disiasat kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan yang memcetuskan keganasan. Pendukung Ikhwanul Muslimin yang dibunuh dan dianinya, tetapi mereka pula yang dituduh.

Nasib yang sama pernah menimpa Ustaz Abdul Qadir Audah, pemimpin Ikhwanul Muslimin yang tersohor yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 1954 kerana dituduh mencetuskan keganasan dan terlibat dalam komplot cubaan bunuh ke atas Gamal Abd al-Nasser. Bersama-sama beliau yang turut menjalani hukuman gantung, termasuklah Abd al-Fattah Ismail, Muhammad Al-Faghali, Yusof Talaat, Ibrahim al-Tayyeb dan lain-lain.

Pada 1966 Sayyid Qutb dijatuhi hukuman gantung. Bukti yang digunakan dan digembar-gemburkan ialah Ikhwanul Muslimin terlibat dalam kegiatan bersenjata dan pelbagai jenis senjata ditemui di pejabat gerakan tersebut. Ini juga perkara yang dihebohkan oleh tentera Mesir dengan mengatakan bahawa senjata ditemui di ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Moqattam dan penemuan tersebut adalah bagi mengesahkan gerakan ini menaja keganasan dan wajar ditindas.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Ikhwanul Muslimin juga hampir sama seperti enam dekad lalu. Bagi mendapat sokongan rakyat tindakan General Abd al-Fattah al-Sisi sama seperti Gamal Abd al-Nasser pada 1954, iaitu mengembleng rakyat menyatakan sokongan kepada beliau melalui Hubbat al-Ahrar (Liberation Rally).

Atas nama sokong kepada regimnya rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Nasser dan mengutuk Ikhwanul Muslimin. Ini yang dilakukan oleh tentera pada hari ini dengan menaja demonstrasi rakyat bagi menyokong regim dan menolak Ikhwanul Muslimin yang dikatakan antinasional.

Sama seperti kira-kira 60 tahun lalu, tentera tidak ada belas kasihan dan bertindak sewenang-wenang ke atas pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk melakukan penindasan kejam. Ternyata penindasan tanpa belas kasihan ini memberi impak yang amat besar kepada Ikhwanul Muslimin.

Tahun 1948-1954 merupakan tahun penuh cabaran kepada Ikhwanul Muslimin. Pada Februari 1949, pengasas dan pemimpinnya, Hasan al-Banna mati ditembak. Sejak itu Ikhwanul Muslimin terus ditindas dan seterusnya diharamkan pada 1954 hinggalah selepas Husni Mubarak diturunkan dari jawatan presiden berikutan berlakunya Kebangkitan Arab pada 2011. Ini bermakna Ikhwanul Muslimin telah diharamkan selama 67 tahun dan ribuan anggotanya pernah dipenjarakan dan puluhan yang lain mati di tali gantung.

Dari segi sejarah, tentera menindas Ikhwanul Muslimin selama hampir enam dekad. Tentera memandang Ikhwanul Muslimin dengan penuh curiga. Dengan menggunakan kekuatan senjata dan kuasa yang dimiliki tentera tidak pernah menunjukkan belas kasihan kepada Ikhwanul Muslimin. Melihat rekod lalu tiada perkara yang boleh menghalang mereka untuk terus berusaha menindas Ikhwanul Muslimin.

Soalan :
Maknanya, apa yang berlaku hari ini mengulangi penindasan kejam terhadap Ikhwanul Muslimin 60 tahun lalu. Apakah mungkin ia mengakibatkan Ikhwan sukar untuk bangkit semula?

Jawapan :
Tentera cuba mengulangi pendekatan yang pernah mereka lakukan lebih 60 tahun lalu. Namun begitu, suasana sudah berubah. General Abd al-Fattah al-Sisi tidak sehebat Nasser dan kemajuan dalam teknologi maklumat menjadikan penipuan dan propaganda yang mengelirukan rakyat tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Natijah kepada konflik Ikhwanul Muslimin dan tentera banyak bergantung sejauh mana gerakan Islam ini mampu bertahan. Rekod yang dimiliki Ikhwanul Muslimin menunjukkan gerakan tersebut mempunyai daya tahan yang luar biasa.

Walaupun enam dekad ditindas dengan para pemimpin utamanya ramai mati dibunuh dan penindasan dilakukan secara berterusan, namun Ikhwanul Muslimin masih bersisa dan mampu bangkit. Inilah yang berlaku pada 2011, walaupun ditindas rejim Mubarak, namun mampu muncul sebagai organisasi yang paling tersusun dan memberikan alternatif kepada rakyat.

Walaupun tentera dan kumpulan anti-Ikhwanul akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruhnya, tetapi suasana 2013 tidak sama seperti 1954. Hari ini Ikhwanul Muslimin mampu membawa jutaan penyokongnya di jalan raya dari seluruh 27 Muhafazah (wilayah) di Mesir.

Namun begitu, situasinya masih sama, iaitu bagi kumpulan anti-Ikhwan yang terdiri daripada penyokong sosialis, nasionalis, liberalis, sekularis dan kelompok tariqat tertentu mereka sanggup mengetepikan perbezaan dan permusuhan sesama mereka semata-mata bagi menentang gerakan Islam ini.

Soalan :
Mengimbau sejarah lalu, Ikhwanul Muslimin yang dizalimi seperti tidak mendapat simpati atau sokongan daripada masyarakat antarabangsa termasuk kalangan kumpulan Islam sendiri. Mengapa terjadi begitu?

Jawapan :
Ketika Gamal Abd al-Nasser menjadi Presiden Mesir beliau berjaya menggerakkan jentera propagandanya sehingga menggelap dan menggerhanakan peranan Ikhwanul Muslimin. Pengaruh beliau cukup hebat hingga pelajar Malaysia yang belajar di Universiti al-Azhar, Mesir pada waktu itupun tidak tahu tentang peranan dan sumbangan Ikhwanul dalam memperjuangkan Islam yang syumul.

Nasser yang tampil dengan imej Islam digambarkan sebagai tokoh pemimpin Islam dan tidak hairanlah apabila beliau mati, terdapat madrasah dan kelompok umat Islam di Malaysia menganjurkan solat ghaib sebagai tanpa kasih kepada "pemimpin Islam yang banyak berjasa".

Sentimen anti-Israel yang dilaungkan Nasser menjadikan beliau dikagumi sehingga umat Islam di Malaysia, termasuk mereka yang pernah belajar di Mesir tidak menyedari kezaliman dan penindasannya ke atas Ikhwanul Muslimin. Ini termasuklah apabila Sayyid Qutb dihukum gantung pada 1966, protes hanya disuarakan sekelompok kecil pelajar Malaysia yang belajar di Barat.

Menariknya, kebangkitan Islam di Malaysia pada awal 1970-an bukan digerakkan lulusan Mesir, sebaliknya oleh mereka yang terpengaruh dengan perjuangan dan pemikiran Ikhwanul Muslimin dalam kalangan pelajar dari universiti tempatan dan mereka yang belajar di Barat.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang disebarkan melalui buku-buku tokoh-tokoh Ikhwanul yang tersohor seperti Hasan al-Banna, Abd al-Kader Audah, Sayyid Qutb dan lain-lain. Buku-buku ini pula bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa Inggeris seperti buku Maalim Fit Tariq oleh Sayyid Qutb yang lebih dahulu dibaca dengan judul Milestones.

Soalan :
Merujuk kebangkitan rakyat Mesir tiga tahun lalu untuk menumbangkan regim Hosni Mubarak, ada pendapat mengatakan pada peringkat awal Ikhwanul seperti menjauhkan diri dan tidak terlibat. Boleh prof jelaskan keadaan sebenarnya?

Jawapan :
Perkara ini sering dijadikan ungkitan penggerak gerakan 25 Januari yang memaksa Husni Mubarak meletakkan jawatan. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin menanguk di air keruh dengan mengambil kesempatan daripada kebangkitan.

Memang ada kebenarannya kerana ketika rakyat mula turun ke jalan raya, pada peringkat awalnya Ikhwanul Muslimin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pada awal Februari 2011 barulah Ikhwanul Muslimin turut mengerahkan pengikutnya ikut serta dalam protes yang dilakukan.

Pendekatan Ikhwanul Muslimin yang terpaksa mengambil pendekatan berhati-hati mudah difahami kerana gerakan ini sudah terlalu lama berusaha mengerakkan kebangkitan tetapi gagal mendapat sambutan meluas. Sebaliknya, kebangkitan yang mereka anjurkan berakhir dengan tragedi apabila ada ahlinya yang dihukum berat, dipenjarakan dan harta disita.

Hal yang sama pernah berlaku pada 1952 apabila berlaku kebangkitan rakyat menentang Raja Farouk dan British, Ikhwanul Muslimin tidak berada berada di barisan hadapan dan tidak terlibat secara langsung. Apabila Gamal Abd al-Nasser melancarkan revolusi dan berjaya menggulingkan Raja Farouk, Ikhwanul Muslimin dianggap tidak berperanan memainkan peranan sebenar.

Dengan pelbagai pengalaman itu, sebagai usaha mempelbagaikan pendekatan Ikhwanul Muslimin pernah terlibat secara langsung dalam pilihan raya Mesir. Ikhwanul Muslimin sudah terlibat dengan pilihan raya sejak 1984 lagi, walaupun bukan sebagai sebuah parti yang bertanding menggunakan nama gerakan tersebut. Ia pernah bergabung dengan parti Buruh, Parti Wafd dan bertanding secara bebas.

Kejayaan terbesar Ikhwanul ialah apabila berjaya meraih hampir 25 peratus undi dalam pilihan raya Mesir tahun 2007. Namun begitu, kejayaan besar ini bukan memberikan manfaat kepada Ikhwanul Muslimin, sebaliknya gerakan Islam ini semakin ditindas. Penindasan yang berterusan ini mendorong lahirnya dua kelompok kepimpinan dalam Ikhwanul Muslimin.

Kumpulan konservatif merasakan Ikhwanul Muslimin perlu kembali fungsinya yang asal iaitu menumpukan kepada dakwah dan tarbiyyah dan tidak terlibat dalam politik bagi memastikan survival gerakan yang tidak putus-putus ditindas. Kumpulan reformis pula mencadangkan Ikhwanul Muslimin perlu melakukan trasformasi dan mengikut contoh AKP di Turki bagi membolehkan perubahan dilakukan di Mesir.

Dalam muktamar Ikhwanul Muslimin pada 2010, kumpulan konservatif yang diketuai Badaei berjaya menguasai kelompok kepimpinan gerakan Islam itu dengan mengetepikan kumpulan reformis yang diketuai Essam al-Erian.

Soalan :
Bagaimana pula dengan pembabitan Ikhwanul dalam proses pemilihan ahli-ahli Parlimen dan jawatan Presiden Mesir?

Jawapan :
Sebagai kumpulan yang dianggap paling tersusun, Ikhwanul Muslimin ternyata lebih bersedia menghadapi pilihan raya dan berjaya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tahun 2012. Setelah berjaya mendapat kemenangan yang amat memberansangkan dalam pilihan raya parlimen, Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk bertanding merebut jawatan presiden.
Pada peringkat awal Ikhwanul Muslimin secara tegas menyatakan mereka tidak berminat dengan jawatan itu. Apabila seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, iaitu Moneim Abd al-Futuh menyatakan beliau berhasrat bertanding jawatan presiden, beliau dipecat kerana mengingkari keputusan syura.

Apabila Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk merebut jawatan presiden, calon mereka ialah Khayrat Shater. Namun begitu, kelayakan beliau untuk bertanding dibatalkan kerana pernah ditahan di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Sebagai gantian Muhammad Morsi dipilih sebagai calon. Hal yang sama juga berlaku kepada calon Parti Nour, iaitu, Hazem Abu Ismail yang tidak layak bertanding.

Akhirnya Morsi yang bertanding menentang mantan Perdana Menteri Mesir di zaman Mubarak, iaitu Ahmad Syafiq. Morsi menang dengan 51 peratus undi, walaupun peratus yang keluar mengundi sekitar 32 peratus sahaja. Morsi merupakan Presiden Mesir yang dilantik secara demokratik.

Soalan :
Soalnya, walaupun bertanding menentang Syafiq, yang dikira mewarisi Husni Mubarak, tetapi Morsi hanya mendapat sekitar 52 peratus, tidakkah itu boleh dianggap sokongan yang berbelah-bagi?

Jawapan :
Walaupun Morsi hanya mendapat 52 peratus undi, namun sebagai pilihan raya yang diiktiraf adil, telus dan bebas, beliau dikira mendapat sokongan majoriti. Jumlah yang keluar mengundi sebanyak 32 peratus juga tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak mendapat legitimasi kerana Husni Mubarak menang pilihan raya dan dilantik sebagai presiden dengan kadar keluar mengundi sekitar 10 peratus sahaja.

Disebabkan rakyat tidak yakin dengan pilihan raya, kerana sudah pasti Husni Mubarak akan menang besar menyebabkan rakyat tidak ambil kisah untuk keluar mengundi. Lagipun di Mesir pilihan raya mengambil masa yang panjang. Pilihan raya Mesir yang melibatkan 27 wilayah mengambil masa selama tiga bulan untuk selesai. Pengundian pula dibahagikan kepada tiga peringkat dengan setiap peringkat melibatkan sembilan wilayah.

Pilihan raya Mesir selepas kejatuhan Mubarak dianggap telus, adil dan bebas kerana dipantau hakim. Parti-parti yang bertanding menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Sebagai pertubuhan yang mempunyai jentera di seluruh negara Ikhwanul Muslimin berjaya menggerakkan penyokongnya untuk ke peti undi dan menyokong partinya.

Selain Parti Nour, hanya Parti al-Karamah yang dipimpin Hamden Sabahi yang mampu memberi saingan. Beliau seorang yang berfahaman sosialis dan pengikut Nasser yang setia. Beliau menggunakan bas dua tingkat sebagai pendekatan kempen untuk membolehnya menjelajah ke seluruh negara. Pendekatannya ternyata berkesan apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam pemilihan jawatan presiden. Hamden Sabbahi merupakan salah seorang pemimpin Tamarrod yang bersekongkol dengan tentera dan kumpulam sekular dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan Morsi.

Soalan :
Sejarah Ikhwan menunjukkan ia turut berpecah membabitkan kepemimpinan tertinggi setiap kali berlaku peristiwa besar dalam politik Mesir. Apakah kali ini juga berlaku hal sama?

Jawapan :
Ikhwan gagal menyatukan perpecahan apabila ada pemimpin pertubuhan itu bertindak keluar kerana perbezaan dari segi pendekatan. Dakwaan cubaan Morsi untuk "mengIkhwanulkan" Mesir pula tidak lebih propaganda yang sengaja ditiupkan. Morsi cuba untuk buat yang terbaik tetapi malangnya dia mewarisi suatu sistem yang sesiapa pun tidak boleh pegang. Tumbangnya Morsi minggu lepas, Qatar dan Arab Saudi beri USD12 bilion masuk ke Mesir sebagai bantuan 'soft loan'. Raja Abdullah ucap tahniah kepada tentera.

Soalan :
Morsi juga mendapat kritikan keras daripada sebahagian aktivis Ikhwan?

Terdapat dalam kalangan golongan Islamis yang menuduh Morsi terlalu berlembut dan bersikap liberal kerana tidak tegas laksanakan undang-undang syariah. Pihak sekular pula menolak Morsi kerana dikatakan cuba mengikwankan Mesir. Pemerintahan Morsi depan serangan pelbagai penjuru dan keadaan ini dipersulitkan lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin parah sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

Soalan :
Politik Mesir tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh dan pembabitan proaktif pihak tentera...

Jawapan :
Tentera Mesir bukan sahaja terlibat dalam menjaga keselamatan. Mereka juga terlibat dalam pentadbiran dan menguasai ekonomi. Apabila tentera tidak menyokong Mubarak beliau terpaksa meletak jawatan. Morsi juga dijatuhkan oleh tentera. Ini bermakna selepas ini sesiapa sahaja boleh tumbangkan oleh tentera. Tentera Mesir merupakan golongan elit dan kenaikan Mursi dilihat berisiko menggugat dominasi mereka.

Permusuhan Ikhwanul Muslimin dan tentera telah berakar umbi berdekad-dekad lamanya. Dengan sebab itu apabila apabila Amerika Syarikat menyeru kepada pendemokrasian di Mesir, jawapan Husni Mubarak ialah, “Kalau saya (Mubarak) jatuh, Ikhwanul akan berkuasa”. Bila Ikhwanul Muslimin berkuasa Amerika Syarikat amat khuatir dengan perkembangan ini.

Selain berdepan Mubarak dan AS, Ikhwanul Muslimin juga bertembung dengan kumpulan lain. Mereka termasuklah kumpulan Salafi yang dibiayai Arab Saudi yang berfahaman Wahabi. Ketika zaman Mubarak, beliau menggalakkan kumpulan Tarikaq yang tidak menyokong gerakan Islam. Ini merupakan pendekatan halus bagi melemahkan Ikhwanul Muslimin. Walaupun golongan sekular juga berpecah kepada pelbagai kumpulan tetapi mereka bersatu menentang Ikhwanul Muslimin.

Soalan :
Boleh Prof jelaskan kedudukan dan pengaruh pertubuhan dan parti-parti politik Islam di Mesir?

Jawapan :
Ketika mula berlakunya kebangkitan rakyat Mesir kumpulan Nour mengeluarkan fatwa haram hukumnya menentang Mubarak. Namun begitu, apabila Mubarak jatuh kumpulan ini menyokong kebangkitan rakyat. Dalam konteks politik Mesir, kumpulan Nour merupakan kumpulan Islam yang kedua berpengaruh selepas Ikhwanul Muslimin.

Morsi dilihat terlalu berbaik sangka dengan pihak tentera, yang akhirnya menikam balik dirinya.

Morsi tidak mempunyai banyak pilihan. Dalam pentadbiran Morsi mengambil pendekatan terbuka, termasuklah melantik dalam kalangan orang Kristian dan bukan ahli Ikhwanul Muslimin dalam pentadbirannya. Morsi cuba melakukan pelbagai perubahan dalam tempoh 100 hari pemerintahannya, tetapi amat sukar untuk sesiapa sahaja yang memerintah Mesir melakukan perubahan secara drastik.

Morsi mewarisi sistem ekonomi yang lemah dan sistem sosial yang tidak mantap. Ikhwanul Muslimin cuba bersikap baik dengan tentera seperti pada tahun 1952, tetapi tentera tidak pernah bersangka baik dengan Ikhwanul.

Soalan :
Prof juga banyak mengkaji dan mengikuti dari dekat lanskap politik di Turki. Mungkin ada persamaan di antara kedua-dua negara ini dan apakah pengalaman berharga yang dilalui Erdogan dan partinya yang mungkin boleh dikongsi dengan realiti di Mesir?

Jawapan :
Cubaan untuk mempraktikkan politik Islam di Mesir nampaknya lebih sukar berbanding Turki yang tebal dengan amalan sekularisme. Walaupun demikian di Turki terdapat dua parti sekular iaitu Republikan dan Demokrat.

Walaupun kedua-dua parti berfahaman sekular, namun tidak ada titik pertemuan di antara kedua-duanya, dan malahan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan parti Islam daripada berpakat sesama mereka. Akhirnya parti Islam itu berjaya memerintah seperti yang berlaku pada 1996 apabila Parti Refah berjaya membentuk kerajaan walaupun dengan sokongan 21 peratus undi sahaja.

Soalan :
Ada pihak bimbang Mesir mungkin mengulangi tragedi berdarah di Syria yang tidak berpenghujung...

Jawapan :
Tidak dapat dinafikan terdapat kebimbangan ini. Namun begitu, situasi di Syria agak berbeza kerana di Mesir masyarakatnya tidak terbahagi kepada puak. Kekhuatiran yang lebih besar ialah Mesir akan kembali kepada zaman 1970-an dan 1980-an apabila kumpulan Islam mengambil pendekatan bersenjata sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang tiada penghujung.

Bagi pendukung gerakan Islam termasuk Ikhwanul Muslimin kemungkinan untuk terjerumus kepada pendekatan ini tidak boleh ditolak apabila mereka ditindas tanpa belas kasihan. Bagi Ikhwanul Muslimin pengalaman sejarah mengajar mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Dalam kemelut yang berlaku sama ada mereka menang atau pasti ditindas secara berterusan sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pengalaman di Algeria juga merupakan iktibar yang amat menjadi keprihatinan kepada aktivis Ikhwanul Muslimin apabila demokrasi yang diwujudkan di negara tersebut menghalang FIS daripada terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya. Pendekatan tentera dan kumpulan sekular hari ini menjurus ke arah tersebut yang berusaha menyisih Ikhwanul Muslimin daripada berperanan dalam proses politik di Mesir.

Realiti hari ini menunjukkan Ikhwanul Muslimin berdepan cabaran hebat untuk menentukan survival masa depannya. Penentuan masa depannya amat bergantung kepada sejauh mana ia dapat terus bertahan dan konsisten dalam perjuangan serta dengan strategi yang lebih baik daripada pihak lain yang menjadi musuh politiknya.

Ikhwanul Muslimin bukan sahaja berdepan musuh politik dalam negeri, tetapi juga daripada AS dan Israel yang mempunyai kepentingan dan tidak mahu melihat gerakan Islam ini berpengaruh. Walaupun AS menjuarai demokrasi, tetapi negara kuasa besar itu bersifat hipokrit dalam isu pergolakan politik di Mesir yang menyebabkan Morsi dilucutkan jawatan. AS dan negara barat tidak bersuara lantang apabila tentera “merampas kuasa” di Mesir, tetapi memprotes apabila berlakunya rampasan kuasa di Fiji, Maldive dan lain-lain.

Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD 12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.

Perkembangan di Mesir memperlihatkan manifestasi sikap “double standard” Barat terhadap Islam. Walaupun Morsi dilantik secara demokrasi, tetapi cara beliau diturunkan tidak bersifat demokratik.

Jika demonstrasi jalanan dijadikan tanda aras bagi mengukur populariti bukannya melalui sokongan peti undi, demokrasi di Mesir bukan maju ke hadapan. Sebaliknya, Mesir masih terus berada pada zaman gelap seperti rejim-rejim lalu dan hasrat generasi muda negara itu untuk mewujudkan masyarat yang mampu bersaing dengan negara lain akan terus tinggal impian semata-mata.

6.02.2013

Past few day's photos: MALAYSIA+EGYPT

Kat Malaysia skrg. Dah menghirup udara Malaysia sejak 3 hari lepas. Sampai2 je di Trg, jadual penuh sebab kena tolong2 for my sister's engagement ceremony esok. Driving to KT twice already utk beli barang2 persiapan pertunangan. Sempat jugak menjejak kaki ke Giant yg baru siap di Gong Badak tu, haha. Ada abalone kat seafood section, scallop.. haha. Tak pernah jumpa org jual abalone, tapi kat Giant Gong Badak ader. uish..

So sekarang, photo sharing session:

Sebelum balik Msia, keluar beli barang utk di bawak balik dgn my bro. Beliau belanja makan di Chicken Tikka. This was my 2nd time at Chicken Tikka. First time pegi dulu masa baru sampai Egypt 1st year.


Roti apa ntah for starter.


I ate lamb with rice. Takde sos/kuah. Sebenarnya taktau daging apa, lembu ke kambing tapi I assume ini kambinglah.


My bro ate boneless chicken dgn nasik jugak. Ordered spicy chicken, rasa dia masam2 sikit.


Price? LE 110 with tax + 2 can of pepsi (LE 7 each. brrr). Taste? Hurm... so so. Mari kita lihat makanan seterusnya plak:

Sehari sebelum Chicken Tikka, me and housemate yg sedang kelaparan makan di Hadramawt kat Tir'ah tu. Tak jauh dari rumah. I ate a chicken dish I haven't tried before, sebab tiap2 kali pegi Hadramawt makan nasi mandi ayam. So, di bawah ni, nasi MADHBY (DH- dho') berbelit gak lidah kitorang membacanya dlm arab. Ayam nasi mandi lebih lembut sebab dibakar, ayam madhby lebih sedap for me, rempah dia rasa ala-ala sate.


Conclusion? ayam nasi madhby ni lagi sedap. so next time pegi sana mesti makan nasi madhby lagiii.

My housemate makan nasi mandi seperti biasa. Kejap je nasik saya tu habis, banyak kan portion nasik dia. haha lapar punya pasal, mmg laju je makan.


dlm bekas polistrin tu depa punya complementary jeruk. yang merah tu, sos cili saya bawak dari rumah kekeke. bersama set nasi ni, depa akan bagi sup yg dicampur pasta, dan kuah tomato (takde dalam gambar sebab dah habis masa kami pergi tu)


Price? LE 35 without tax+2 can of 7UP. Taste? Puas hati makan. Sedap. Portion banyak. Konyang. So, Chicken Tikka yg mahal, no more after this (kecuali ada org belanja laa)

Moving on... the day of my departure to Malaysia. Naik Qatar Airways, route: Cairo-Doha-KL. Gambar di Terminal 1, Cairo Airport, tengah tunggu kaunter check-in beg bukak beramai2.


Gambar makanan dalam flight takder. walaupun saya gemar ambik gmbr makanan, tapi tak pernah ambik gambar food dlm flight haha

Sampai di KLIA pukul 8.30 pagi, 29 May. Flight ke KT sepatutnya flight terawal at 2 p.m. tapi member yg balik sekali ada masalah dgn flightnya so saya temankan dia naik flight 7.45 p.m. ke KT. 6 hours more utk berfoya-foya di KLIA. so Hasni belanja makan di restoran apa namanya dekat surau dekat dgn departure tu

I ate nasik lemak supreme. paling mahal tak silap, hahaha. Taste? oklah.


Hasni makan mi kari.


7.45 p.m. departure to KT, arrived at 8.30 p.m. my family fetched kat airport. berjayalah sampai rumah setelah menghadapi rintangan nak balk 9 jam sebelumnya.

At Giant KT, selipar baru. matching sandals colour with my sister. kaki adek yg darjah 6 pun sama besar dgn kakaknyaaa


last night, Eleen made an oh so vegetarian pizza.


hantarans i made for my sister



5.24.2013

things to do before MALAYSIA!!!

so i'm done with the exam *throws confetti* so i can proceed with things i planned to do beforehand once i've finished the exam.. like...

1. kemaskan bilik stor sebab we got a temporary  housemate yg akan guna bilik tu for 2 months. she's a final year student and she needs a room to stay during the exam period as she had moved out from her previous house and stayed in Malaysia for the study break in last few months. so opie and i moved our things out of the room, relocated them in the living room and mopped the floor. while the room now is bright and shiny, all of a sudden we feel like having a new permanent housemate pulak, haha

 2. do something about the kitchen floor. it has been an eyesore because of our negligence, exam kan, kekonon busy. so ia telah diberus dan dimop, all bright and shiny too.

3. kemaskan my room. buku2 dah dikemaskan, i arranged nicely on the book shelf izzad's books that he asked me to take care of until they can depart for malaysia for good.

4. shop for the jubahs for our business. not yet done. esok i'll go to the kedai jubah and shop till i drop.

5. make frozen curry puffs utk org2 tersayang that will be left here. kalau ikut perancangan, banyak tuuu nak kena kelim karipap!

6. i saw this recipe of milo muffin at a cooking blog. hah. gonna make those too. got to make something with the milo that i haven't finished yet since last year. dah bukak, so kena la habiskan. cekodok milo pun saya dah buat semata-mata utk habiskan milo tu. haha. while my friends' milo already out of stock so early (they brought berkilo-kilo tau), at the moment i only used half of the 500 g packet that i brought here november last year. what to do with the remaining milo? milo muffins sounds good eh.

7. shop for baklava and chocolates for my sister's engagement dulang hantaran at La Poire/Baron bakery. will do that a day before my departure.

*in tak sabar nak balik malaysia mood. it's next week dah pun!

5.21.2013

pretty much what i did today.

1. called home but mom wasn't home yet so can't talk to her.

2. sit for an exam.

3. raised my voice and complaining blahblah in the middle of the exam because penjaga periksa obviously let arab beside me cheat. dia buat2 tak paham sebab i was ranting in english, but, hello derrr....... siap kasi tukar tempat tersorok belakang dinding and let him stride freely to the front of the class to get his notes (yang diharamkan bawa masuk sama sekali ke dlm exam hall. taktau cemana mamat tu boleh terlepas). the same guy cheats for 3 consecutive exams including today and none of them penjaga periksa lelaki atau perempuan do anything about him. org lain yg meniru kena rampas kertas, tukar tempat sume. teruk, kan?? kalau dah sampai tahap ni, mmgla aku marah benar. after i complained, the culprit penjaga periksa took away his notes and then came to my desk mumbling something in arabic. bengkek la tu. and he didn't even look at my face when i was handing him my answer paper. pshhh!! you're very lucky i didn't report you to the lecturer. really can't stand lah perangai2 bodoh arab camni. sabar jelah. last year, my friend complained to makcik penjaga periksa about the very same thing happened during our exam but she was the one kena gelak ngan makcik2 tu plak. takleh blah kannnn!!

4. walked home under the scorching sun. this afternoon's temp was reported 37 degree.

5. arrived home and was happy to see sebungkus nasi lemak seated on my desk. housemate belanja.

6. ate the nasik lemak. sangatla pedasnya. took me an hour to finish. no joke.

7. black out! sekarang ada planned black outs 2 times/day in the neighbourhood. kerajaan mesir nak menjimatkan penggunaan letrik khabarnya. eloklah, musim2 orang periksa ni kan.

5.17.2013

sup tulang campak ala thai


i contemplated about naming this soup 'ala thai' but this is the kind of soup they usually serve in thai restaurants- hot, sourish, the colour is a bit reddish, so let's call it sup tulang ala thai, shall we? ;)

as for the campak, it is because i pretty much dumped everything that i like into the pot together with the ribs- sup bunjut and the four spices that comes together with it, celery stalk, stalk of leek with roots (cleaned, of course. can't find spring onion), crushed tomatoes and chillies, and a dash of black pepper. let the ribs boil for a while first before adding other ingredients, then remove the scum floating at the surface. i then fry until fragrant grounded onion, garlic, ginger, extra 4 spices in a separate pan and then add them to the pot. i let them boil using very low fire for almost 2 hours, seasoning and tasting it a few times (amateur cook here) and done! before eating, garnish with usual condiments- celery leaves (typical malaysian daun sup is not available here), leeks, bawang goreng, chillies and a squeeze of lemon (no lime). dah siaaap, boleh makan. the meat was so tender, kudos to metro. their meat never disappoint.

i was very happy with the result, but next time i will add lemongrass and some galangal to the boil, and coriander to the garnish. the soup will be more delicious i think ;)

5.16.2013

see my header?

so i've been trying to change my blog template for like, zillion times yesterday but none of them look decent enough and finally i had to settle down with the same old template again. there's nothing wrong with this old template, i loved it but i decided to spice this blog up a little bit. so i searched for these keywords- white, minimal but haha this same old mentari work's template is the best looking one in that category.

i finally installed the same old template but tried to make this blog looks livelier (or so i hope) by using a header. it's a wedding garland, if you might wonder. no, i don't plan a wedding anytime soon, but i did consider making one like this for my own wedding in the future. how does it sound, english style wedding decoration in a terengganu kampung. i just hope our guests don't think we're running out of budget. hahaha. i've always loved english wedding. it's the simplicity that i like. when the malays often brag (or trying prove but sometimes failed) about their economical/social statuses by throwing grandish wedding parties or something along the line, the english/american just keeps it simple and sweet and serene for their wedding. should i migrate just for a wedding? (playing along with the talks of migration among young people these days. haha)

so it's asar time now. i plan to cook beef soup for dinner. this morning i had my favorite metro's choc chip muffin for breakfast. we went to metro twelve in the morning to withdraw money (at lastttt!!) and i am super duper excited that i can purchase some beef from there. i love love love red meat but haven't had a bite for like, 3 months except for the lamb (oh my dear lamb. need to dig for the recipe!) planning to cook thai style beef soup, but we don't have any lime or tomato in the fridge. malasnye nak turun pegi kedai!

5.11.2013

puasa 1 rejab

assalamualaikum kpd yg membaca post ini. korang posa tak? arini 1 rejab, so atas ajakan hosmate aku, maka aku puasalah walaupun setau aku, kalau nak posa dlm bulan rejab, boleh pilih mana2 hari. tapi bagus jugak, sebab kalau tak, tak tahu bila aku nak posa lagi. dan seiring dgn ajakan tersebut, beliau dengan baik hatinya telah menyediakan egg benjo utk aku bersahur. terima kaseh!

tahun lepas, kalau dekat2 nak exam macam ni, aku selalu berpuasa. sebabnya, aku malas masak dan malas makan bila dekat2 exam. dlm seminggu, aku akan berpuasa 4-5 hari. tapi tahun ni, tak mcm tu. aku makan dgn kadar normal. dan  seperti selalu jugak, aku akan masak 3-4 hari sekali. utk pengetahuan, aku telah makan soto selama 3 hari. dan pada saat ini, kuah soto tersebut masih belum habis. aku bercadang nak makan lagi buat hari ke-4 pada hari ini, tapi hari ni aku puasa kan, so aku nak masak lauk nasi lah pulak. hosmate aku tadi ajak buka puasa kat hadramawt dgn kengkawan, tapi memandangkan aku malas keluar, dan dah pun defrost lauk, aku tak ikutlah. boleh jimatkan itu duit.

so, aku dah kuarkan ikan mackerel yg masih berbaki seekor yg dah siap disiang dan dipotong empat, dan jugak hati dan pedal dari empat ekor ayam yg dibeli dari pasar sebelum ni. itu jela barang mentah yg ada dlm peti sejuk. nak masak ape ye dgn hati ayam?? walaupun tak minat sangat, tapi masih boleh ditelan. utk mengurangkan baunya mungkin kita boleh masak sambal. okeh, sambal. dan ikan, silalah bermastautin kembali ke dalam ice box ye.

5.09.2013

soto supper


soto yg dibuat petang tadi.
makan buat kali kedua utk supper sebentar tadi pada pukul 12.30 pagi.

marilah kita menganalisa sedikit tentang soto ini.

pros:

nasi impit segera yg dimasak sempurna (ececeh)
ada bergedil (applause! ini mmg petanda rajin. potato juga digoreng terlebih dahulu, bwgnya juga)
suhun goreng yg rupa-rupanya berbaki satu pek lagi (tdk lengkap tanpanya)
ada cili merah yg pedas utk dibuat sambal (it's not so easy nk dapat cili merah kat sini -_-)
ada ayam (yg berbaki dua ketul dalam peti sejuk. ngam2 nak buat soto)
ada bawang goreng rangup (sebelum masuk kuah la)

cons:

kuah soto org malas. maaf johoreans! rempah ratus soto iaitu serbuk jintan dan ketumbar sengaja ditiadakan. 
bergedil tidak berdaging. kerana stok tiada.
sambal tidak berkicap kerana kicap sudah habis.ngee
tiada kacang tanah pelengkap rasa
tiada daun sup pembangkit selera


that's my version of soto.
make do with what's available in the fridge aje

conclusion:

tetap sedap walaupun serba kekurangan. muahaha :P
"tu je yg nak cakap sebenanye kannnnnn."
*insert trollface*


and lastly marilah sama-sama kita meneliti gambar ini :


gambar diambil petang tadi selepas waktu asar.
pak cik tu sedang membaiki tingkap rumahnya.

betapa hopelessnya aku tadi kerana mengesyaki pak cik ni ada black magic (ok tipu)
sedangkan aku lupa pak cik2 arab juga memiliki semangat kejiranan yg tinggi.


(komen di atas tiada kaitan dgn politik. harap maklum. hehe)

5.08.2013

of lamb's leg and nasi goreng ikan

salam.

pukul 1.45 pagi di sini.

lampu bilik sudah tutup.

hanya cahaya skrin laptop menerangi kegelapan.

namun ada limitasi.

dan tiba2....

suara bayi menangis kedengaran di luar.

ya, pada dinihari.






bukan, ini bukan cerita seram.

sebenarnya arab bangunan depan dapat baby baru.

dah hampir sebulan terdengar suara bayi melalak.

dan ibunya membebel.

tskkk..



bukan itu yg hendak diceritakan sebenarnya di sini.
marilah beralih kepada isu sebenar




set paha kambing dengan nasi bersama salatah (salad)
nyum2, dahla tgh lapa ni
paha kambing ala2 drumstick
bahagian tulang dibungkus aluminium
walaupun masih ada bau hamis sikit
tapi sedap sgtttt!!
dagingnya lembut lerai dari tulang
ada nasi arab style dimasak dgn myk sapi
dicampur dgn pasta vermicelli
juga dilapisi dgn carikan roti 'ish dibahagian bawah
kombinasi yg pelik kan
tapi sedap jadinya nasik tu
lapisan roti 'ish menambah sedapnya berganda-ganda
simple tapi genius!
dan juga 4 keping roti 'ish
dicicah tahina (campuran kekacang di blend halus) dlm gambar kedua
tak pernah makan roti 'ish sesedap itu
adakah kerana waktu itu tgh lapar sgt
hurm.. memang pun
sebab biasanya roti 'ish dipandang sebelah mata saja
jika makan di kedai arab
dan ada juga sayur-sayuran
erm. salatah hadramaut sedap lagi
ini salad org malas
yg mcm terung di tepi tahina
kusangka terung, rupanya cucumber pickles
mmg sedap sgt makan waktu ni
walaupun dgn nasik kering tak berkuah
menggonggong paha kambing
makanan pun tak sempat posing cantek punya
ish ish..
hanya dua puluh lima ringgit
berbaloi2
jika difikirkan harganya dlm genih
mau sesak dada juga mebayarnya
tapi takpelah,
orang belanja.
hehe.


nasi goreng ikan, style terengganu
makan dgn keropok yg masih berbaki sedikit
sedapnya
erm.
sebenarnya rindu masakan mak cikku di kampung
sebab tu masak ini
kalau dulu di kampung
dengar je mak cik nak buat nasi goreng ikan panggang
mesti suruh tukar bahan lain punya
suruh letak ayam ke, udang ke
tapi skrg
tgklah siapa yg merindui nasi goreng ikan panggang ini
semakin jauh dari kampung
semakin tradisional pula selera
hmm.


ini gambar petang tadi
nasi goreng juga
cuma dgn telur dan kacang buncis
ya, kat negara arab juga ada kacang buncis
baru sahaja akur dgn fakta ini sebenarnya
selama ini ku berdegil memanggilnya kacang panjang versi arab
dgn ayam goreng sebagai peneman
tepung salutan ayam jenama bestari dari malaysia sudah lama habis
jadi terpaksalah guna tepung salutan arab iaitu breadcrumbs
ok jelah rasanya
walaupun terlebih masinnya
maklumlah resepi arab


itu je al kisahnya di dinihari
semuanya kerana saya lapar
sepertinya melihat makanan2 ini semua boleh kenyang
lagi 3 minggu boleh balik malaysia
sabar-sabar

ok, saya nak tido dah.
terima kasih kerana membaca.


10.01.2012

will you ever try to eat this...

isn't this looks distasteful enough to be featured in the Bizarre Food?? 




i think Mr Zimmern would like it XD
............

you might be wondering.. what is that bizarre, green, nodular creature in the picture above.. don't worry i found it awfully bizarre too.. but looking at the background.. isn't that some kind of.. fried fish? haha. i think you might get the idea now:P

i've encountered with that thing, thanks to my recent trip to the fish monger..


btw this is bolti fish/tilapia nilotica. one of the very few variety of fish you can find here in mansoura. as suggested by it's name, the fish is freshly caught from the Nile river. if you make a trip to the fish monger, you can find small bolti fish, medium-sized bolti fish, and large bolti fish. that's how boring the selection is. hehe. and also this fish below, mullet. google gambar sat.. lupa nak tangkap. so these two are the default fish at the local fish monger..




and... once in a blue moon, you will come across other fish than the default fish. this time, it is the catfish. and they're usually XL sized catfish. gemok-gemok plak tu. look at them.. yummeh?


so once in a blue moon jugak.. i feel like eating keli goreng garing2.. bought nus kilo (half). pakcik tu x percaya plak saya nak ikan keli.. malaysians bela dlm kolam tepi rumah lagi ye pakcik.. i think even arabs pun x brapa makan ikan keli..kan?


pakcik ikan mengerjakan the kelis.. normally kos menyiang ikan bagi sekilo adalah LE 1, but for catfish bayarannya LE 5. ok faham.. susah ye nak mematikan n menyiang ikan ni. veeryy tough and slimy.



rupa-rupanya keli tu gemok sebab ini:


pakcik ikan: " kamu makan dgn roti" sambil buat gaya cicah-cicah. me: "err......." was-was. tapi takpelah, ambik jugak..


dikunyit dan garamkan.. termasuk la dgn telor2 sekali. bila lagi nak rasa telur ikan keli. hehe


keli goreng with that creepy green thing, which is it's roe.. nampak macam.. lumut?? sampai minyak pun jadi kaler ijau.. haish.. terus kena dump into the sink. camne eh rasa dia.. umm.. the physical appearance sememangnya membantutkan selera lah.. i'm not a big fan of ikan sungai.. sebab hanyir sikit kan.. kalau makan ikan keli kena basuh bersih2 n goreng garing2 sebab nak hilangkan hanyir dia.. so.. can you imagine, how ppl like me are supposed to enjoy the catfish roe? just makan beberapa cubit sbb nak rasa. n sambil makan sambil imagine the slimy, alive catfish..

anyway i'm giving myself an A+ sebab berani mencuba. hahaha. but i guess sama je macam normal fish roe.. except the extra fishy taste la kan... the avid fans of keli might like it. how bout you? XD


makan keli goreng dgn nasi n air asam with loadss of coriander.. love it that way ;)


dan sayur-sayuran.. ok.. macam nak bagi makan seploh orang..

so, Mr Zimmern, lepas tak masuk rancangan anda? haha. even durian pun boleh masuk. takkan ini tak boleh. tsk tsk.


selingan. member kepada Zimmern. satu-satunya lelaki berpangkat atok yang aku rasa masih handsome.





7.31.2012

mandy rice and kunafa

i just break the fast with instant noodle yesterday because i was too lazy to join my housemate and our friends breaking the fast at Hadramawt restaurant at Tir'ah, not far from our house. it is a newly opened restaurant serving mandy rice and since the opening, it is packed with Malaysian students as the restaurant is strategically located at the Malaysian population. we have been planning to go there,but in the end it was just my housemate who went there to break the fast yesterday with our friends. it was already 6.05 p.m. and i was just woke up from my long sleep when she opened the door. i was still mamai-mamai so i just mintak tolong belikan, and she spent 35 minutes waiting for my take away. poor you lah Opie! hehe.. so i perform my terawih first at the masjid and had the mandy rice after that.


the soft, perfectly-cooked basmathi rice. the chicken is so lembut too. priced LE12 (RM6). cheap eh, compared to hadramawt in Malaysia!


the tomato and coriander sauce, with some vege as side dish.


transferred to the plate for more convenience while eating! i had them with sambal belacan that is already in the fridge just to suit my tekak melayu. no, i couldn't finish the rice but ate all of the chicken. therefore, i guess eating at home is more convenient for me because even though i couldn't finish the rice at home, i will leave larger portion of leftover if i was eating at the restaurant. on top of that i will cause inconvenience to others because i'm such a slow-eater. hehehe

mama also gave us some dessert before we went for terawih. i forgot what it's called so i googled it. this is a famous Egyptian/middle east dessert called kunafa, made from baked noodle with cream+coconut+nuts (i guess almonds) in between. our mama made it perfectly, this is the best kunafa i've ever tasted so far! not too sweet for our tastebuds.. and so deliciously creamyyy!



i also found that the name of dessert that i posted earlier is qatayef. i noticed that kunafa is quite popular in Malaysia recently since kewujudan restoran arab bak cendawan tumbuh di Malaysia sekarang. these two desserts are the top ten desserts in Egypt as claimed by a website that i've found, with kunafa placed in higher ranking. yeah, no doubt bout that :P

mama i want moooreee!!

7.29.2012

makan-makan @mansoura

disebabkan seseorang telah memberi galakan utk menulis tentang 'pengalaman di egypt', maka bersemangat jugaklah saya membuat entry ni. kita letaklah gambar banyak2 supaya senang nak bercerita ye.

anda pernah makan dalam dulang? 1st time saya makan dalam dulang adalah semasa iftar di utp lama dulu. masa tu rasa pelik sgt, makan pulak sedulang dgn org2 yang tak dikenali.. tapi itula yang org panggil mengeratkan ukhuwah, ye tak. if you are a small eater, mungkin makan dalam dlm dulang ni tak sesuai utk anda, sebab anda akan terpaksa atau dipaksa menghabiskan segala yang ada dlm dulang tersebut. macam yang kami makan kat bawah ni. mengah tau nak habis!


gambar ni diambil pada hari ke 6 ramadhan. persatuan pelajar perubatan mansurah telah mengadakan iftar perdana. sapa2 yang nak join sila sahkan kehadiran anda di poll facebook utk kira berapa portion makanan yg nak disediakan. that was the first time PCM did something like iftar perdana for ramadhan ini if i'm not mistaken. so saya dan housemate saya pun apa lagi joinlaa.. yelah org nak bagi makan free kan. tak yah la susah2 masak. seperti yang anda lihat dlm dulang tu, itu portion utk 5 orang. mungkin nampak tak banyak tapi mengah jugak nak menghabiskan. yours truly dah surrender awal. kita bagi peluang kat orang lain la pulak makan banyak. haha. 



lauk yang dimasak katanya ayam masak lemak. tapi confuse masak apa sebenarnya pasal ada bunga lawang. fusion style kowt.. dan berulamkan daun rocket. simple aje.. tapi alhamdulillah, kenyang jugak kami.

yang kat bawah ni pulak makaroni bakar that i mentioned last entry.. disebabkan kemasinan yang melampau pada tastebud kami, maka decided utk bagi selebihnya kat baba.. utk pengetahuan, makanan arab generally adalah masin. so kami yakin baba mampu menghadapi kemasinan tersebut. hehe. jadinya kami hanya makan sikit2 sorang dan selebihnya seperti di bawah kasi baba laa.. banyak bukan. takpe, arab makan banyak.


tujuan meletakkan gambar makaroni tersebut adalah kerana nak tunjuk gambar kuih di bawah ni. org egypt ni time bulan puasa je, mesti keluarlah kuih2 tradisi semua. maaf la tak tahu pulak nama apa kuih ni. ia sedap, dan saya sukaa! from mama..


rupanya macam kuih yang dijual kat pasar malam tu. lupa plak nama dia. kulit luarnya mcm dibuat dari tepung beras.. keras2 sikit. inti dia kelapa parut, raisins dan groundnuts. i realize that egyptians are quite obsessed with dried coconut. byk kuih diorang taruk these coconut. and one thing about egyptian kuih ni, ia sangat2 lah manisnya.. people like my mom wont be able to digest this! but i loike this kuih.. haa bape kali nak cakap :P


and saje nak buat selingan sikit, kat bawah ni adalah kad kahwin my classmate, Bushra yang akan melangsungkan perkahwinannya di Johor lepas raya nanti. her card is made in egypt y'all! students malaysia kalau nak kahwin suka tempah kad kad sini, sebab murah tapi design fancy. tgkla design kat bawah ni. it's typical for egyptian wedding cards to be this fancy tau. and the price is LE 0.60 each which equals to 30 sen. oklah kan. tulisan pun dalam bahasa melayu. hehe. but my wedding card in the future will be made in malaysia je kowt... i like something simpler. hehe


okaylah back to cerita makan-makan. actually yang kat bawah ni gambar semasa sesi makan-makan at my classmate's seminggu sebelum raya. diorang dah nak balik malaysia so they threw a partayy. hiks. takdelah partayy mana pun. just sesi bergosip di bilik tidur (not involved. haha) and mengketedarah nasi beriani yang awesome di bawah. ia dimasak oleh kak kembar Farahin n Fatihah yang terkenal dgn skills memasak mereka. makanya kami pun datang makan ajelah..




my plate.. tambah nasik dua kali, ayam 4 ketul. hebattt. pinggan kecik baaii...haha. but there are people who ate more than me. you know who you are. haha


the spread..


i wanna show you typical kedai sayur and buah here in mansoura. skrg kan summer time, so buah-buahan yang pelbagai jenis bolehlah didapati. apricots, cherries, mangoes, plums, oranges, melons..etc


cherries. nak masuk 3 tahun duk egypt baru yours truly merasa cherry kat sini. haha.. maybe because i'm not that fond of fruits kot.. satu masalah tu. nanti dah balik malaysia mana nak dapat ini semuaa. these cherries are really sweet!! sgt2 manis i tell you. with a tint of sourness. i finished rubu' kilo (250 g) cherries sekali harung one night. that's the first time i had fresh cherries my whole life and i fell in love instantly. tapi jaga la, your lips will look like of zombies after that because of the purple color of the cherries.


pemandangan dari rumah my friend. apa pendapat anda? you can see that rooftop, it's typical for egyptians to have that kind of rooftop. diorang berehat-rehat kat situ..bela ayam kat situ..bela kambing kat situ..sembelih lembu time korban pun kat situ jugak.haha that's normal right here. tapi rooftop yang ini bertamadunlah jugak.. xde bela2 binatang bagai.. you know the smell you're gonna suffer, if you're so unfortunate renting a house next to them. and you may ask me why they sembelih haiwan korban korban kat rooftop jugak. sebab kalau sembelih kat atas jalan di bawah pengemis2 yang ramai kat sini akan mengganggu diorang. they won't just sembelih atas jalan lah. paling koman pun in the garage. and you know those blood coming out from the animal.. they will be just collected on the ground and kering sendiri sebab kat sini takde sistem perparitan, yakni longkang. yelah, hujan beberapa kali setahun je pun kat sini. sapa2 yang mabuk darah make sure jgn keluar rumah ye di hari raya korban. and that's a disaster if you're a medical student too :P




okaylah sampai di sini dahulu entry yang agak panjang ni (for me laa). entry ini ditulis utk berkongsi pengalaman hidup di sini as suggested. hope you enjoy reading, and see you next time!