6.14.2013

Balik kampung, jubah, dan menjawab komen kak Liasari

Skrg berada di Marang di rumah pusaka arwah Tok dan Tokki ku. Mcm biasa rasa tenang je hati balik sini. Rumah nilah tempat aku dilahirkan, dibesarkan, dan dimanjakan oleh mak-mak sedara. Rumah nilah yang aku teresak-esak menangis tak nak tinggalkan semasa kereta ayah mula bergerak pulang ke rumah sendiri di setiap penghujung cuti sekolah sewaktu kecil. Tiada tempat lain seumpamanya which can give me this kind of feeling in this entire world. Hanya di rumah pusaka Tok dan Tokki ku. :)

Pasal jualan jubah, ada beberapa yg telah sold, Alhamdullillah. Takpe, I'm not in a hurry ;) Lagipun page tu sikit je pun org yg like, means tak ramai yang tahu kewujudan FA. Possibility utk aunties-aunties peminat jubah jugak tak berapa tinggi utk sampai ke situ hehe. And ramai juga yg contact berminat untuk buat dropship sbb tengok harga jubah tak tinggi mana. Saya cakap saya jual jubah ni secara sambilan saja.. Untung tak banyak mana.. Tapi pengalaman n pengajaran inshaAllah banyak ;) Tetiba lah kan kalau satu hari nanti nak tukar profesyen jadi penjual jubah pulak, kita contact balik lah ya. Heheh.

Sebenarnya nak jawab komen kak Liasari di sini, dah beberapa kali buka blogger lepas update entry lepas tapi tak terperasan komen dari akak pada entry engagement tu. saya jawab kat sini lah ya :)

1. Deco kipas2 ni rasa saya dah lama in kak. Mula2 saya sceptical jugak bila adik saya nak buat kipas2 ni dekat pelamin sebab saya rasa common sgt.. Tapi bila dah siap pasang cantik pulak. Warnanya tu memainkan peranan yg penting jugak kan :) sekarang yang tengah in deco simple2 gaya handmade, and warna putih untuk pelamin/ pastel menurut pemerhatian saya. Lebih tepat, deco yg tengah in utk kami kami yang takde budget sangat ni. Hehe. Ha'ah yg tengah tu doily paper. Cantik pulak kan bila dah tersusun elok camtu ;)

2. Main cucuk2 je kak asal jadi. Tu pun lepas try yg jenis tinggi tu tapi jadik sememeh gila. Last2 cabut balik n buat yg senang sikit ni. Kalau ada org nak, boleh jugak saya ambik upah, hehe. Sewakan dulang2 tu skali. Kalau ikutkan barang2 yg mak saya beli ni, cukup utk bukak butik pengantin dah. Hehehe

3. Menanah lah pasal akak pun the creative type kan? Hehe. Akak terer mengadun fondant kat kek tu, kalau akak kat Trg mmg saya order kek kawen dgn akak dah! Adik saya ni memang suka+pandai menjahit manik. Baju & tudung mak jahit pastu sukati dia nak hias camne. (Dah ada volunteer nak buat baju kalau saya kaweng nanti, hehehe). Mungkin kami dapat genetik sukar berpuas-hati dari mak, dia kalau boleh semua nak buat sndri hurm.

4. Tulah, apa kata next time tukar menu makan laksa ker.. Roti canai ker.. Takpun nasik lauk budu ker.. Best jugak kan ;)

5. Ye betul.. Adus.. Terbang duit 50 hinggit! Kedai kat kampung2 camtulah kak. Cuba kat bandar2 besar mesti murah sbb byk persaingan. Kami pun bengkek siap berangan nak bukak butik pengantin lawan depa. Haha. Bantal tu kl online sewanya lingkungan RM40, still mahal. Tapi it's okay sbb mak saya dah beli fabric nak buat bantal tu, mmg geram sangat dia, haha.. Sampai ke hari ni duk sebut2 pasal bantal yg mahal tu. Better buat sbb anak dia berderet2 nak kawen in the future. Kalau ikutkan kak, kerusi sanding pun mak saya nak beli sndri gak, haha (confirm beli tu dia :P)

6. Ada lagi satu pantai yg lebih cantik utk shoot wedding photography tapi jauh sikit. Cantik kan, sunset dia. Kat belakang tu Pulau Redang sebenarnya, mmg dekat sgt. Kalau rindu balik kampunglah kak bila tiket AA murah ;D

7. Comel sebab saya kecik aje orangnya. Hehe

P/s: saya lalu kedai hijau tu tadi otw balik kampung. Tapi tutup. Yang namanya Warung Rusila tu kan di Rhu Dua macam dlm signboard gambar akak :)

No comments:

Post a Comment