my dear sister, Angah, selamat menjadi tunangan orang pada Isnin, 3 June 2013 yg lepas. dengan itu, berakhirlah episod DIY kami yg pertama, episod kedua selepas raya ni, mungkin. episod ketiga dijangka tahun hadapan, hahaha ;)
seronok DIY sebab kita akan berpuas hati dgn hasilnya, kan. rasanya tugas yg menjadi rebutan wanita-wanita pada majlis2 seperti ini adalah menghias dulang hantaran. selalunya makcik-makciks la yg nak buat hantaran bagai ni. namun pada majlis tersebut, tugas itu saya punya, sebab kekurangan makciks, dan ibu-ibu saudara kami semuanya sibuk di dapur. makanya dulang2 tersebut dihiaslah seadanya menggunakan barang2 yg dah pun sedia ada, hydrangea plastik berwarna putih yg angah beli, dan hiasan ribbon berwarna silver bagi menyerikan bunga. habuk kayu berbulu warna kuning tu masa mak saya beli, saya tak nampak kegunaannya, lastly berguna juga. jadilah tema hantaran kita- putih, silver, dan kuning ;)
sirih junjung yang tak berapa nak tinggi, daun sirih dipetik dari pokok di rumah teman Angah di Maras, bunga segar yg dibeli dari nyonya Cina di Pasar Payang. googled for the simplest sirih junjung to make, but this sirih junjung ain't hassle free either. amatur pulak yg buat kan. kat belakang tu chocolates dari Al- Baron, Mansoura. letak dalam bekas kaca kasi nampak menarik sikit.
nasib baik baklava tak terjejas! bungkus dalam 2 lapis bag kotak, even masuk kargo, selamat! kain-kain tu yg dah sedia ada kat rumah. mak saya hobinya mengumpul kain ;)
gubahan tuala bentuk anggur pun ada jugak. ini ibu saudara kami yg buatkan.
nasi minyak dimasak oleh ibu saudara
nak bertunang pukul 3, dah pukul 2 pun bakal pengantin masih menjahit manik pada tudung n bajunya, haihs
deco buatan sendiri yg tak seberapa. pasu bunga mak pun boleh guna lah buat deco. kipas2 by Angah
Mereka dah sampai!
Duduk berbincang. momen paling awkward dalam semua sesi pertunangan.
utk makluman, kami dapat lesen berguling-guling dan bergusti atas bantal di pelamin tu sebab harga sewanya RM 50 sebijik untuk duduk selama 10 minit! heh! kedai pengantin kat Batu Rakit ni memang 'katok' org sungguh! tak bolehlah nak DIY yang ni. kalau boleh, kita akan bukak kilang pasal mahal sgt sebijik ni haha
ok.. mekap cung. nanti boleh mekap Along kaweng plak..
dengan keluarga belah sana. selamat berkeluargalah kita.
mom and daughters.. daughter kat tengah paling tak berjangok, baju pun pinjam mak punya sajaa.. tak bawak balik baju kurung pun.
adik beradik pempuan je yang ada. yang lelakinya belum pulang dari tempat pengajian.
misai jangan lupa
Dulang-dulang dari sebelah sana, purple temanya.
tak lupa kepada Acu sekeluarga di Kampar yg merajuk, inform last minute katanya.. jangan muncung lagi yek!
setelah selesai majlis, photoshoot kat pantai 10 mins from home. jom kita perasan wedding photographer sekejap.
pantai yg indah di waktu senja
dan semoga berbahagialah anda berdua..
hi syaz,
ReplyDelete1. berkenan kipas kertas kat pelamin tu... tengah2 dia letak doile paper ek? skrg deco mcm ni 'IN' sgt kan?
2. cantik lah tu gubahan sirih, dah molek benar bleh amik upah lepas ni ye?
3. aduii menanah mata tgk bling2 pada tudung bakal pengantin... kreatif2 adik beradik ni ye?
4. nasi minyak & org ganu mmg x bleh dipisahkan kans? ;-)
5. over mahal sewa bantal pengantin tu! rasanya berbaloi klu buat sebiji, bleh pakai gilir2 utk majlis adik beradik and pass down to next generation pulak. lagipun kaler putih bleh masuk dgn apa warna pun kan? haha
6. syaz buat akak rindu pantai... huhu
7. last, syaz sgt comel!