hari ini masuk hari ke empat berpuasa di Mesir. rutin harian 3 hari lepas, lepas sahur sambung tido, kemas2 rumah sket, then tido sampai tengahari (jangan ikut perangai tak senonoh ni). bangun tido baru tergagau2 nak bukak posa makan apa arini. so far 1st ramadhan buka pose my housemate yg masak-ayam masak halia ngan telur dadar. 2nd day-yours truly masak nasi lemak lauk sambal n rendang ayam yg tak brape nak menjadik sbb rasa kerisik ter over power la pulak. n arini, still 3rd day of ramadhan at the moment (sebab jap lagi nak masuk hari baru dah) yours truly buat baked macaroni n my housemate with syira buat choc cake. baked macaroni masih below expectation sebab resepi kedua yang pernah di cuba ni tidak dapat menandingi kesedapan makaroni bakar my dear friend's mom at MRSM PT bawak 8 tahun lepas. haha lama tuu. masih belum ada makaroni bakar yang boleh break the record. resepi hasil galian dari blog masakan ternama di alam maya pun takleh celen lagi nampaknya wahaha. dear aunty, i really really want your recipe tapi segan nak tanya anak makcik (mintak2 Tema baca ni..haha). lupa plak nak cakap, masakan arini masin 'pekok' bak kata orang Terengganu. memang lidah time puasa tak leh dipercayai sgt.. macam tumpah garam, serius!
terawih kat masjid syari' Hasan Sa'eed ni so far so good, takde gangguan waktu solat yang melampau sangat, kecuali ada makcik depan aku tu jalan pegi dekat anak dia yang duduk dekat dinding masa rakaat kedua solat terawih, then sambung balik tanpa rasa bersalah. haha. camtu la arab, jangan kita terikut2 dgn dia sudah. n time ramadhan ni la arab2 semua pakat2 menghias rumah masing2. kalau kita kat Malaysia buat camni, mesti kena bahan dgn orang kampung, tak sabar2 nak raya keee?? baba n mama kitorang pun tak ketinggalan nampaknya mendekorasikan rumah dengan lampu liplap. rumah yang belah kiri dalam gambar tuu. n arab2 kat sini buat solat terawih 8 rakaat je plus witir 3 rakaat. ini ramadhan pertama aku solat terawih kat masjid, tahun lepas solat berjemaah dgn kawan2 kat rumah diorang. lagi byk dugaan solat kat rumah dari kat masjid, sebab kat rumah sistem pengudaraan tak berapa memberangsangkan. kat masjid ada air cond lagi, kipas lagi. so takde alasan lah ye tak, malas solat terawih.
so sebelum mengakhiri entry ini yours truly ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada sesiapa yang membaca blog ini. sesungguhnya ramadhan itu lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga, ataupun korek telinga dan hidung (sebab bila dah 'dewasa' ni baru tahu erti sebenar ramadhan, bercakap atas pengalaman sendiri). yours truly pun sedar ada byk perkara yg diri ini harus perbaiki demi menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan sgt2 bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur ini untuk menemui ramadhan lagi pada tahun ini. manalah tahu kan, ini ramadhan yang terakhir utk kita. maka buatlah apa yang sepatutnya kali ini.. sebab nikmat kedatangan ramadhan ini sgt disesali oleh hamba-hamba-Nya yang tak sempat menemui ramdhan (sudah sampai ajal) maka sedarlah bahawa Allah ingin sgt kita berubah..(peringatan utk diri sendiri).
okey la..selamat berpuasa semuanya! kalau rajin saya update lagi. ciao!
No comments:
Post a Comment