7.29.2012

makan-makan @mansoura

disebabkan seseorang telah memberi galakan utk menulis tentang 'pengalaman di egypt', maka bersemangat jugaklah saya membuat entry ni. kita letaklah gambar banyak2 supaya senang nak bercerita ye.

anda pernah makan dalam dulang? 1st time saya makan dalam dulang adalah semasa iftar di utp lama dulu. masa tu rasa pelik sgt, makan pulak sedulang dgn org2 yang tak dikenali.. tapi itula yang org panggil mengeratkan ukhuwah, ye tak. if you are a small eater, mungkin makan dalam dlm dulang ni tak sesuai utk anda, sebab anda akan terpaksa atau dipaksa menghabiskan segala yang ada dlm dulang tersebut. macam yang kami makan kat bawah ni. mengah tau nak habis!


gambar ni diambil pada hari ke 6 ramadhan. persatuan pelajar perubatan mansurah telah mengadakan iftar perdana. sapa2 yang nak join sila sahkan kehadiran anda di poll facebook utk kira berapa portion makanan yg nak disediakan. that was the first time PCM did something like iftar perdana for ramadhan ini if i'm not mistaken. so saya dan housemate saya pun apa lagi joinlaa.. yelah org nak bagi makan free kan. tak yah la susah2 masak. seperti yang anda lihat dlm dulang tu, itu portion utk 5 orang. mungkin nampak tak banyak tapi mengah jugak nak menghabiskan. yours truly dah surrender awal. kita bagi peluang kat orang lain la pulak makan banyak. haha. 



lauk yang dimasak katanya ayam masak lemak. tapi confuse masak apa sebenarnya pasal ada bunga lawang. fusion style kowt.. dan berulamkan daun rocket. simple aje.. tapi alhamdulillah, kenyang jugak kami.

yang kat bawah ni pulak makaroni bakar that i mentioned last entry.. disebabkan kemasinan yang melampau pada tastebud kami, maka decided utk bagi selebihnya kat baba.. utk pengetahuan, makanan arab generally adalah masin. so kami yakin baba mampu menghadapi kemasinan tersebut. hehe. jadinya kami hanya makan sikit2 sorang dan selebihnya seperti di bawah kasi baba laa.. banyak bukan. takpe, arab makan banyak.


tujuan meletakkan gambar makaroni tersebut adalah kerana nak tunjuk gambar kuih di bawah ni. org egypt ni time bulan puasa je, mesti keluarlah kuih2 tradisi semua. maaf la tak tahu pulak nama apa kuih ni. ia sedap, dan saya sukaa! from mama..


rupanya macam kuih yang dijual kat pasar malam tu. lupa plak nama dia. kulit luarnya mcm dibuat dari tepung beras.. keras2 sikit. inti dia kelapa parut, raisins dan groundnuts. i realize that egyptians are quite obsessed with dried coconut. byk kuih diorang taruk these coconut. and one thing about egyptian kuih ni, ia sangat2 lah manisnya.. people like my mom wont be able to digest this! but i loike this kuih.. haa bape kali nak cakap :P


and saje nak buat selingan sikit, kat bawah ni adalah kad kahwin my classmate, Bushra yang akan melangsungkan perkahwinannya di Johor lepas raya nanti. her card is made in egypt y'all! students malaysia kalau nak kahwin suka tempah kad kad sini, sebab murah tapi design fancy. tgkla design kat bawah ni. it's typical for egyptian wedding cards to be this fancy tau. and the price is LE 0.60 each which equals to 30 sen. oklah kan. tulisan pun dalam bahasa melayu. hehe. but my wedding card in the future will be made in malaysia je kowt... i like something simpler. hehe


okaylah back to cerita makan-makan. actually yang kat bawah ni gambar semasa sesi makan-makan at my classmate's seminggu sebelum raya. diorang dah nak balik malaysia so they threw a partayy. hiks. takdelah partayy mana pun. just sesi bergosip di bilik tidur (not involved. haha) and mengketedarah nasi beriani yang awesome di bawah. ia dimasak oleh kak kembar Farahin n Fatihah yang terkenal dgn skills memasak mereka. makanya kami pun datang makan ajelah..




my plate.. tambah nasik dua kali, ayam 4 ketul. hebattt. pinggan kecik baaii...haha. but there are people who ate more than me. you know who you are. haha


the spread..


i wanna show you typical kedai sayur and buah here in mansoura. skrg kan summer time, so buah-buahan yang pelbagai jenis bolehlah didapati. apricots, cherries, mangoes, plums, oranges, melons..etc


cherries. nak masuk 3 tahun duk egypt baru yours truly merasa cherry kat sini. haha.. maybe because i'm not that fond of fruits kot.. satu masalah tu. nanti dah balik malaysia mana nak dapat ini semuaa. these cherries are really sweet!! sgt2 manis i tell you. with a tint of sourness. i finished rubu' kilo (250 g) cherries sekali harung one night. that's the first time i had fresh cherries my whole life and i fell in love instantly. tapi jaga la, your lips will look like of zombies after that because of the purple color of the cherries.


pemandangan dari rumah my friend. apa pendapat anda? you can see that rooftop, it's typical for egyptians to have that kind of rooftop. diorang berehat-rehat kat situ..bela ayam kat situ..bela kambing kat situ..sembelih lembu time korban pun kat situ jugak.haha that's normal right here. tapi rooftop yang ini bertamadunlah jugak.. xde bela2 binatang bagai.. you know the smell you're gonna suffer, if you're so unfortunate renting a house next to them. and you may ask me why they sembelih haiwan korban korban kat rooftop jugak. sebab kalau sembelih kat atas jalan di bawah pengemis2 yang ramai kat sini akan mengganggu diorang. they won't just sembelih atas jalan lah. paling koman pun in the garage. and you know those blood coming out from the animal.. they will be just collected on the ground and kering sendiri sebab kat sini takde sistem perparitan, yakni longkang. yelah, hujan beberapa kali setahun je pun kat sini. sapa2 yang mabuk darah make sure jgn keluar rumah ye di hari raya korban. and that's a disaster if you're a medical student too :P




okaylah sampai di sini dahulu entry yang agak panjang ni (for me laa). entry ini ditulis utk berkongsi pengalaman hidup di sini as suggested. hope you enjoy reading, and see you next time!

No comments:

Post a Comment